Sunday, 24 February 2013

TEMPAHAN COKLAT HANTARAN DARI AUNTY AL

Salam and hi semua..tempahan kali ni Bro Bridal dapat melalui Aunty Al untuk anak buahnya yang akan bertunang tidak lama lagi...Menggunakan tema putih dan pink (ermm..rata-rata ramai ya yang meminati warna ni) Bro Bridal diminta untuk menyiapkan chocolate box love yang superb untuk dihadiahkan kepada anak buahnya nanti..
Well, check this out!

front cover chocolate box
filled up with cute chocolate pralines

Wednesday, 20 February 2013

PERTUNANGAN AFIQ & MUNA

Salam..kali ini Bro Bridal ingin share tempahan hantaran untuk adik kepada Puan Esah yang telah dipost sebelum ini..Masih lagi memilih warna hijau sebagai warna tema, Puan Esah meminta Bro Bridal untuk menyiapkan tempahan yang tampak paling ringkas dan menarik..well, daripada pihak lelaki la katakan..hihi...mmm..rasanya ada lagi yang kurang ni...macam mana Puan Esah...ok tak? Harap-harap puas hati la ye...

Tepak sirih dan berkas cincin
Set tuala bentuk beg
Sepasang jam tangan
Sejadah bentuk sofa



Monday, 18 February 2013

PERTUNANGAN ASRI & PUSPA

Salam and hi semua..we met again..seperti yang telah dijanjikan di post sebelum ini, Bro Bridal ingin berkongsi saat pertunangan ex ofismate Bro Bridal dahulu iaitu Puspa dan Asri. Yang menariknya di hari pertunangan ini, Puspa dah merancang bersama Bro Bridal untuk membuat surprise birthday party untuk bakal tunangnya...waaah..romantikkan? Dan seperti post sebelum ini juga, anda dah melihat persiapan yang telah Bro Bridal buat untuk party ini...So apa kata kita terus sahaja intai-intai di majlis pertunangan dan harijadi mereka..

Pelamin tunang dengan English style and pink-white theme
Hantaran for her
Hantaran for him
Hantaran ready for assembled and discussion
Mini booth for surprise birthday party

Saturday, 16 February 2013

IT`S A PARTY TIME!!!

Haha..bunyi cam menarik je entry hari ni..sebelum tu salam buat semua..rasanya dah lama tak update sejak kembali sakan dari cuti raya cina ni kan..? dalam orang sibuk bercuti ni, so apa lagi..bermula la projek Bro Bridal untuk meraikan majlis somebody...majlis ape? hihi..alkisahnya adalah untuk membuat surprise party birthday untuk bakal tunang ofismate...so for today...jom kita klik-klik persiapan yang telah dibuat untuk kawan kita yang sorang ni...tempahan dibuat dengan 100 biji cupcake bertemakan warna putih dan pink..

Tapi sebelum tu kenala masak cupcake nya dahulu kan?
taraaa...urmm..xsabar nak rasa..
Next is deco time..part ni yang paling Bro Bridal suke ni...
warna warni kan? mesti budak - budak geram tengok
Inilah antara hasil yang sempat Bro Bridal peruntukkan untuk majlis harijadi tunang ofismate nanti..100 biji cupcake and 'bithday gift' from Bro Bridal buatkan untuk present beliau nanti...bukannya apa..disebabkan  acara ini dibuat sama dengan majlis tunang, rasa tak lengkap kalau tak bagi sesuatu kan? Siapakah gerangannya? teeet..kita tunggu sehingga next entry..
Butterflies with vanilla and strawberry cake
Butterflies cupcakes with variety of fruits' flavors
Urmmm...agak-agak nak letak dalam ape eh cupcake ni? Oh ya!..two baskets please!! Jangan lupa tema still pink and white ya...ok..siap! dah boleh bawak ke rumah customer..bye!
Baskets for souvenir carrier 


Saturday, 9 February 2013

GOOD LUCK JUA!!

Hadiah coklat praline untuk farewell party officemate Bro Bridal yang suatu ketika dahulu telah tamat buat praktikal..urmmm...tempahan hadiah ni sebenarnya telah lama jugak dalam simpanan Bro Bridal sebab officemate ni pun dah masuk kembali as a staff di tempat kerja Bro Bridal dahulu..ingat lagi tak Haizura @ Jua? Masa buat coklat ni pun bos yang lama still ada lagi kan? Rindu gila waktu tu...Missed the moments a lot lagi-lagi time buka puasa one department di SACC...Yummy! Semoga murah rezeki bos yang lama tu...Amiin..

Surprise present coklat praline for her!

Friday, 8 February 2013

TEMPAHAN PUTU PERAK UNTUK MAJLIS ARWAH

Misi kuih putu perak kini diteruskan...kali ini Bro Bridal menerima tempahan kuih putu perak untuk majlis tahlil dan arwah Mek untuk hari yang ke 44..Alhamdulillah, selain dimakan untuk santapan minuman petang, Bro Bridal bersyukur dapat menyumbang kuih putu perak ini hasil tempahan kak Noni untuk ahli kariah di majlis tahlil dan almarhumah ibunya yang mesra dipanggil dengan gelaran Mek..Semoga roh ibunya dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan golongan yang beriman hendaknya...Amiiin...


Thursday, 7 February 2013

ILHAM DEKORASI WHITE SILK LEATHER BENCH

Salam...entry ini ditujukan khas buat bakal customer Bro Bridal yang ingin menyewa atau menggunakan perkhidmatan kami untuk pelbagai dekorasi hiasan pelamin dengan menggunakan white silk leather bench..Kredit juga ditujukan kepada my FB friends yang sedia untuk berkongsi gambar pelamin mereka...Untuk menempah, anda boleh menggunakan form yang telah disediakan di ruangan Hubungi Kami..Sekian..












Monday, 4 February 2013

TEMPAHAN COKLAT HANTARAN DARI CIKGU SALMIAH

Alhamdulillah..lama tak buat coklat untuk hantaran majlis..kali ini Bro Bridal ada menerima tempahan coklat box berbentuk hati untuk hantaran pertunangan dari Cikgu Salmiah..haha..bukan cikgu ni yang nak kahwin tetapi nak hadiahkan untuk anak murid beliau..Bagus betul cikgu ni..bila lah nak dapat hadiah dari cikgu Bro Bridal yang tersayang kan? hihi..Ok lah let's enjoy to see this lovely box..Bertemakan warna pink dan purple, rasanya tak sabar nak mamam coklat yang cute ni..kotak nya pun boleh dimakan tau!

front cover chocolate box
inside view..lots of choc praline!

Friday, 1 February 2013

PUTU MINBAR KE DIK OII!!!

Hahaha..ni lagi satu cerita menarik tentang putu perak...Hari ni ada seorang adik datang ke kedai Bro Bridal bertanyakan tentang kuih putu...Dalam duk sibuk tengah memasak kuih ini datang la seorang budak dalam umur lingkungan 14 ke 15 tahun camtu la tengok dia da pakai seluar hijau sekolah menengah bawak motosikal sorang diri..

Adik: (masih lagi dalam blur tengok Bro Bridal tengah masak kuih putu) Errr...

Bro Bridal: Ye dik, mau cuba kuih putu perak? Pernah rasa?

Adik: Kat sini ada jual tak putu...errr...putu minbar? Ada tak?

Bro Bridal: Ha?? Putu minbar?? (Sambil garu kepala, Bro Bridal tengah fikir ada putu lain ke yang aku tak tau?? Urmm...mungkin bentuknya kot yang sama macam kubah kat minbar tu...ok tak pelah) 

Bentuk kubah di minbar ni la kot adik ni konfius
Sambil tengok ke kiri ke kanan kuih putu perak...kot-kot la kalau Bro Bridal da jual kuih putu yang lain..Bro Bridal tanya balik adik tu...

Bro Bridal: Putu minbar? Putu bambu ke?

Bro Bridal bagi cadangan kat adik tu.

Adik: Tak la..Putu bimba.. (Dah lain pulak tapi adik ni jawab confident je)

Bro Bridal: ......huh??? (Bila masa lak kuih putu ni dah banyak variasi???)

konfius..putu minbar?? putu bimba?
Bro Bridal: Putu bambu kot dik...Siapa yang suruh adik beli putu ni?

Adik: Mmmm...mak..die pernah beli kat sini tapi rasanya dia nak putu bimba...eh ntah la

Pulak?? Memang confident betul adik ni jawab dengan selamba...
Akhirnya ape yang berlaku? Cuba teka...