Bridal Perfumes

Bridal Perfumes merupakan produk minyak wangi yang pertama hasil penjenamaan Bro Bridal Enterprise. Sesuai dengan intipatinya yang tulen dan tidak mengandungi bahan alkohol, kami percaya sesiapa sahaja boleh terus memakai Bridal Perfumes dalam kegiatan harian mereka hatta dibawa untuk menunaikan solat.

Telah berada di pasaran pada awal Januari 2013, ramai yang mula meminati haruman minyak wangi ini kerana baunya yang tidak terlalu keras, tahan lama serta menepati imej maskulin atau pun feminin.

Silalah berkunjung ke butik Bro Bridal Enterprise untuk mencuba sendiri haruman Bridal Perfumes. Kami ada lebih 20 jenis haruman untuk dipilih mengikut spesifikasi citarasa anda

  • Bunga-bungaan – Unsur bunga yang banyak berkait rapat dengan feminin dan elemen romantis.
  • Buah – Campuran ekstrak buah pilihan sesuai untuk membangkitkan unsur segar dan hangat.
  • Lautan – Elemen sintetik dan bau alam menjanjikan haruman tahan lebih lama.
  • Kehijauan – Unsur segar yang memberi inspirasi haruman alam semula jadi.
  • Oriental – Erotik dan seksi mengandungi bau-bauan seperti vanila, kasturi, rempah dan bunga-bungaan.
  • Tumbuhan kayu – Inspirasi unsur alam – haruman ini kaya dengan bau kulit kayu dan tumbuhan tropika. 

Bagi mereka yang ingin menjadi agen kepada Bridal Perfumes silalah hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Bro Bridal juga ingin memperkenalkan wangian kereta hasil variasi daripada intipati haruman Bridal perfume. Buat masa ini, hanya dua haruman baru dikeluarkan sesuai dengan kehendak permintaan pengguna kami...


No comments:

Post a Comment