Monday 31 December 2012

HAPPY BIRTHDAY NUR AFIA HANI

Tarikh: 21 Oktober 2012
Tempat: Taman Andalas, Klang

Entry kali ini Bro Bridal ingin berkongsi pengalaman pertama membuat kek Barbie Doll hasil tempahan daripada Puan Hasmah untuk majlis hari jadi anaknya yang ketiga..Puas jugak nak mencari tempat dorang sambut birthday kat KFC taman andalas ni..Tapi akhirnya dapat jugak..Letih memegang kek dalam kereta bagai menatang minyak yang penuh..hihi..

Kek mentega coklat dengan tema purple pink menggunakan topping butter krim..mmm..yummy..siap crown dengan rantainya skali gitu..haha..maaf ya ni bukan untuk dimakan ye dik..Anyway..terima kasih Puan Hasmah..



Sunday 30 December 2012

PERKAHWINAN ANAK PUAN ESAH

Tarikh: 19 Disember 2012
Tempat: Puncak Alam

Seperti yang dijanjikan, akhirnya tercetus jugak la idea gubahan pelamin dan dekorasi bilik pengantin untuk anak Puan Esah ni...mmm...apalagi...mula menggubah sekarang..

hiasan bunga pelamin
siap gubah terus masuk van untuk penyediaan pelamin...jom2
Dan inilah hasilnya setelah 2 ke 3 jam menggubah pelamin yang ala2 style Bali hasil gabungan cetusan idea dekorasi yang telah dicari semalam...mmm simple but still adorable..
Jom kita zoom in sudut pelamin ni..
sebelah kanan pelamin
sebelah kiri pelamin
hiasan bunga sudut
background
pelamin konsep ala simple Bali
misi selesai
Habis siap pelamin semua, Bro Bridal terus memulakan misi untuk membuat dekorasi bilik pengantin pulak...

Sebelum tu mintak izin dari tuan umah dulu nak masuk..hihi
Akhirnya, inilah hasil dekorasi bilik pengantin yang bertemakan warna hijau..mmm..nk letak konsep ape ek?
Jom kite snap2 foto dalam bilik pengantin pulak...
dekorasi kepala katil
hiasan kaki katil
accessories di meja sudut
siap sudah
Harap2 Puan Esah berpuas hati dengan hasil kerja Bro Bridal ni...kami balik dulu...

Saturday 29 December 2012

DEKO BERSAMA BRO BRIDAL


Alhamdulillah...sekali lagi Bro Bridal diberi kepercayaan daripada Puan Esah untuk menyediakan pelamin anaknya beserta dekorasi bilik pengantin...mmm..banyak mende yang nak kena buat ni..diberi tema warna hijau sebagai warna pilihan, Bro Bridal sempat berkunjung ke rumah beliau yang bertempat di Puncak Alam...

Setelah meneliti sudut mana yang sesuai nak buat pelamin, nak buat dekorasi bilik pengantin, Bro Bridal mula search konsep dan tema yang sesuai berkaitan dengan warna hijau cara nak buat pelamin dengan bilik pengantin ni...untuk kelainan, Bro Bridal tak mau ambil mana-mana hasil usaha butik-butik lain, tetapi cuba nak olah design yang moden dan berkesesuaian dengan kehidupan seharian kita kepada sesuatu yang tampak lebih simple tetapi menarik..

Ni antara idea-idea yang sempat Bro Bridal cari...



well, nak tau ape hasilnya..nantikan di post selepas ini..

Thursday 27 December 2012

PERKAHWINAN AININ & NAZRIN

Tarikh: 22 Disember 2012
Tempat: Kompleks Belia dan Sukan Taiping

Baru berkesempatan nak upload gambar majlis resepsi sepupu di hari majlis persandingan mereka..Terima kasih bebanyak di atas jemputan..Sambil berjalan meluaskan idea dan pemandangan..menarik jugak majlis bertemakan warna oren atau jingga ni..ceria je nampaknya..Check these out..



Tema oren menjadi pilihan
Hubungi Bro Bridal untuk tempahan
Hiasan pelamin penuh menghiasi dewan
Pandangan pelamin dari jauh
Kek perkahwinan 3 tingkat. Hubungi Bro Bridal untuk tempahan
Bergambar bersama famili sekeluarga
Hiasan kepala pintu gerbang
Bergambar bersama tuan rumah (kiri)
Hiasan penuh pintu gerbang