Wednesday, 2 January 2013

PUTU OH PUTU!!

Ermmm...hari kedua berniaga kuih tradisional Putu Perak memang memenatkan...ramai pelanggan Bro Bridal yang menanyakan tentang keunikan kuih ini dan ada yang keliru tentang kuih Putu Perak dengan kuih putu-putu lain yang seangkatan dengannnya.

Well, setahu Bro Bridal kat Malaysia ni...jenis-jenis ni la kuih putu yang pernah kite jumpe tak kira la di pasar malam ke atau mana-mana lain tempat sekali pun..

Putu Piring
Jenis putu yang bebentuk piring ini memang banyak dijual di pasar malam..Antara bahan asasnya adalah tepung ubi dan gula melaka..sama seperti kebanyakan putu yang lain, kain putih akan diletakkan dahulu sebagai alas untuk dikukus. Kemudian diletakkan nyiur atau kelapa parut sebagai inti sebelum dilapikkan dengan daun pisang untuk menaikkan lagi seri aromanya..

Putu bambu atau putu buluh
Putu bambu pun amat mudah didapati di pasar malam atau pasar pagi. Putu ini yang turut dinamakan sebagai putu buluh mempunyai bahan asas yang sama seperti putu piring cuma kaedah pengukusannya sahaja yang berbeza. Nama putu buluh diambil daripada teknik pengukusan yang diletakkan di dalam kelongsong yang diperbuat daripada buluh sebelum dikukus di atas kukusan khas.

Kaedah pengukusan putu buluh
Setelah siap dikukus, putu ini juga diletakkan nyiur yang dicampur gula di atasnya sebagai inti dan kadang kala dilapik dengan daun pisang untuk menguatkan lagi tarikan buat sesiapa yang mengidamnya.

Putu Mayam
Putu Mayam adalah salah satu jenis putu yang tidak asing lagi untuk diperkenalkan. Putu ini pada asalnya merupakan makanan tradisional India dan kini mendapat tempat yang menggalakkan bagi semua bangsa di Malaysia. Putu ini diperbuat daripada tepung beras atau dikenali sebagai 'tepung idiyappam' oleh kaum India dan digaul dengan air atau santan. Doh yang terhasil akan ditekan menggunakan acuan bagi menghasilkan jaring-jaring halus seperti bihun.

Teknik penerapan doh putu mayam melalui acuan khas
Selepas itu, ia akan dikukus yang biasanya air akan ditambah dengan daun pandan unttuk membangkitkan bau wangi..Putu yang telah siap dihidang dengan gula perang atau gula melaka dan hirisan nyiur.

Putu Ayu
Putu Ayu atau Puteri Ayu juga agak popular di kalangan penggemar kuih tradisional masyarakat Malaysia..Selain teksturnya yang lembut dan berperisa, kuih ini sangat sesuai dijadikan hidangan petang..Kebanyakan resepi yang diambil, banyak yang menggunakan tepung gandum, tepung sagu dan santan sebagai bahan utamanya..Putu ini juga dikukus menggunakan acuan khas untuk mendapatkan bentuknya yang sangat comel dan ayu...Ayukah? haha..sedia dihidang setelah siap dikukus.

Putu Kacang
Putu jenis ini sangat popular ketika menjelangnya sambutan Hari Raya. Sepertimana putu kacang dan putu beras, putu yang berasaskan teknik pencerapan ini boleh sedia dimakan setelah diterap dan ditekan ke atas acuan khas sehingga padat. Ini kerana tepung yang digunakan untuk menerap telah digoreng terlebih dahulu. Antara bahan utamanya adalah tepung kacang atau tepung beras, tepung gandum dan gula. Kini, putu ini menjadi kegemaran sebagai tanda hantaran disebabkan teksturnya senang dibentuk mengikut acuan yang cantik.

hantaran putu beras
sebagai tanda ingatan kenangan silam
Penat dah celoteh bab putu ni, ada satu lagi jenis putu yang Bro Bridal ingin perkenalkan kepada anda. Putu ini lah yang kebanyakan orang jarang mengenalinya meskipun ada yang berasal daripada Perak.

Putu Perak
Haa nilah die rupanya Putu Perak..Putu Perak sememangnya amat digemari oleh anak jatidiri negeri Perak yang menjadi warisan turun-temurun. Rasanya yang lemak-lemak manis menambahkan lagi kelazatan apabila mengigit teksturnya yang agak gebu dan lembut ketika dimakan panas-panas. Antara bahan utama adalah tepung beras, tepung pulut dan berinitikan kelapa parut...Bezanya dengan putu piring dan putu buluh adalah putu ini tidak menggunakan tepung ubi.

Berminat nak rasa? Sila lah datang ke butik Bro Bridal di Meru, Klang.


2 comments:

  1. Salam ...saya berminat dengan putu perak ni...cuma saya tinggal di pasir gudang...jika tidak keberatan boleh Tuan kongsi kan resipi putu ni...moga bermanfaat tuk saya buat tuk seisi keluarga...jika balik perak d Malim Mawar saya selalu beli...memang suka sangat...sedap...terimaksih ya..dapat juga info2 disini....

    ReplyDelete
  2. Salam ...saya berminat dengan putu perak ni...cuma saya tinggal di pasir gudang...jika tidak keberatan boleh Tuan kongsi kan resipi putu ni...moga bermanfaat tuk saya buat tuk seisi keluarga...jika balik perak d Malim Mawar saya selalu beli...memang suka sangat...sedap...terimaksih ya..dapat juga info2 disini....

    ReplyDelete