Putu Perak sekali rasa... rindu sentiasa |
Putu Perak adalah kuih tradisional yang amat lazat. Resepinya menjadi warisan sejak turun temurun. Jika dahulu, hanya di negeri Perak sahaja terdapat kuih Putu Perak yang menjadi kebanggaan zaman berzaman, namun kini kuih ini telah dikomersialkan.
Lahirnya Putu Perak amat sinonim dengan latar belakang negeri Perak sebagai pengeluar utama padi huma, padi pulut dan kelapa serta mengandungi zat vitamin yang tinggi.
Penghidangan Putu Perak amat mudah. Warna putih bersih berstruktur gebu halus. Pembuatannya adalah secara pengukusan dan baik untuk kesihatan.
Kini Putu Perak amat digemari oleh semua golongan tempatan dan antarabangsa kerana keunikan citarasa serta keenakan yang tersendiri.
Putu Perak sesuai dijadikan santapan sampingan di hari majlis persandingan untuk mewujudkan dan mengembalikan kenangan silam. |
Nak rasa sendiri kuih warisan ini? silalah kunjungi butik kami. Dibuka setiap hari.
No comments:
Post a Comment