Sunday 6 January 2013

FESTIVAL PENGANTIN MALAYSIA @ SCCC

Salam and Hi to all Bro Bridal fan kat luar sana...pasti ramai yang teruja kan selepas tengok keputusan Anugerah Juara Lagu 2012 tadi...Tahniah Bro Bridal ucapkan kepada saudara Aizat kerana merangkul anugerah ini walaupun menggantikan penyanyi asal lagu Terukir di Bintang iaitu Yunalis (Yuna). Seperti yang dijangkakan, Hafiz tetap memenangi dua kategori dalam anugerah berprestij ini walaupun tidak mengekalkan anugerah juara lagu seperti tahun lepas.

Walau apapun, bukan keputusan AJL yang hendak Bro Bridal nak kongsi di sini. Kerja sebagai wedding planner tetap diteruskan. Hari ini Bro Bridal sempat mengunjungi festival pengantin di Setia City Convention Centre yang telah diadakan selama tiga hari bermula 4 Januari yang lepas...Jom kita cuci mata trend dan konsep baru yang terkini...Mudah-mudahan Bro Bridal bakal menjadi salah seorang peserta di festival ini pada masa akan datang...InsyaAllah...Kepada bakal pengantin yang teringin nak merealisasikan impian mereka, marilah membuat temujanji bersama Bro Bridal..

bergambar di hadapan pintu masuk
dekorasi arch entrance
pelamin ala garden
dekorasi meja makan beradat
pelamin ala morocco
pelamin fairytale castle
pelamin black night elegant
pelamin ala blue ocean
wooo...teringin nak wat kek camni kt butik
So...macam mana??...banyak lagi dekorasi pelamin yang Bro Bridal simpan untuk anda yang datang sendiri berkunjung ke butik kami...kita jumpa di sanaaaa....

No comments:

Post a Comment