Tuesday 1 January 2013

PUTU PERAK KEMBALI MENYERANG ORANG KLANG

Putu Perak sekali rasa... rindu sentiasa

Putu Perak adalah kuih tradisional yang amat lazat. Resepinya menjadi warisan sejak turun temurun. Jika dahulu, hanya di negeri Perak sahaja terdapat kuih Putu Perak yang menjadi kebanggaan zaman berzaman, namun kini kuih ini telah dikomersialkan.

Lahirnya Putu Perak amat sinonim dengan latar belakang negeri Perak sebagai pengeluar utama padi huma, padi pulut dan kelapa serta mengandungi zat vitamin yang tinggi.

Penghidangan Putu Perak amat mudah. Warna putih bersih berstruktur gebu halus. Pembuatannya adalah secara pengukusan dan baik untuk kesihatan.

Kini Putu Perak amat digemari oleh semua golongan tempatan dan antarabangsa kerana keunikan citarasa serta keenakan yang tersendiri.

Putu Perak sesuai dijadikan santapan sampingan di hari  majlis persandingan untuk  mewujudkan dan mengembalikan  kenangan silam.
Rupanya yang molek seperti cawan, ada yang pernah mengenalinya atau menggelarnya sebagai Putu Cawan atau Putu Mangkuk. Warnanya yang putih suci dan gebu pasti memikat hati sesiapa sahaja untuk menjamahnya. Bagi yang tidak pernah merasai kuih ini, rasanya seakan akan lemak manis yang diperbuat daripada tiga bahan asas seperti beras, pulut dan kelapa.

Nak rasa sendiri kuih warisan ini? silalah kunjungi butik kami. Dibuka setiap hari.

No comments:

Post a Comment